Wednesday, May 7, 2008
kerJa rUmaH.....
kejenya asyik bg aku kerja rumah jer...
aku ni dahlah pemaleh nk taip..klau
dah menaip pon asyik salah jer
penat tau...........
kalau mica buat besday party
hang tak mai ...
siap aku booom blog hang
senarai 5 hadiah aper yg anda impikan
1. pakej bali dr en azim
2.kerete chevrolet dr en.azim
3.baby boy dr en azim
4.pakej pengubahsuaian rumah dr en azim
5.rantai emas yg berloket *tetty*
senaraikan alasan nya
1. sebab aku teringin nk g bali....lagipon azim dah janji nak bawa kitaorg g sana
2.ni pon sebab en azim berjanji nk bagi heheheh sekarang pakai kancil...tapi lembablah, tak laju heheheh
aku kan suka bawa kete laju2
3.aku teringin nk sepasang anak, dah ader baby girl la ni nak baby girl
4.dah ader rumah sendiri tapi lom ubahsuai heheheheheh
5.memang teringin dr 5 tahun lepas tapi asyik terlepas je duit hahahahah
5 impresi terhadap org yg diminati
1.tak ego
2.senyum
3.berbudi pekerti
4.sayang
5.yakin pd diri
Perkara hebat yg prnh dilakukan :
1.ermmmmm ermmm melahirkan insan bernama MARISSA DANIRA
5 ciptaan yg paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yg maju)
1.kereta
2.hanset samsung
3.kichen kabinet
4.toilet yg canggih
5.laptop
5 perkara yg dibenci
1.aku benci org yg suka kutuk aku
2.aku benci org yg sibuk baca kain org
3.aku benci org yg cepat buruk sangka
4.aku benci org yg padang rendah kt org yg tak bertudung
5.aku benci kat mulut laki aku ...hihihihi
5 orang @ mommies2 yg anda mahu tag :
1.puan siti
2.puan caps
3.puan ida (aiman)
4.puan nina
5.puan berry
dah siap dah si nana oiii ...lainkali ko bg lagi ,....aku gigit lengang ko yg macam kapas tu
Monday, May 5, 2008
cerita seBuaH RumaH

Rumah itu aper?
rumah diertikan adalah tempat tinggal sesebuah keluarga
semua orang mahukan rumah yg indah dah selesa untuk diduduki
aper motif aku nk cerita kan ..hahahah
nilah luahan perasaan aku yg terseksa hanya untuk membeli sebuah rumah
rasa bengang dan tertekan dengan pOlitik sesetengaah pihak...
aper diOrg anggap kita org bawahan ni ...kaYos rayOs ker
last year aku dah start survey nk beli sebuah rumah..
tapi aku lebih selesa untuk membeli rumah hanya area shah alam
bukan aper...ketika tu mica my baby selalu sakit
so kena cari yang ader kemudahan klinik dan hospital
so aku dah jumpa sebuah rumah yg hubby aku suka
langkah pertama yg kita perlu
- 10% deposit dari harga sebuah rumah
- dapatkan loan dari bank(proses 2 minggu)
- dapat S&P dari lawyer
- kat sini kena 2 lawyers (disebabn bank sombong nk lawyers sendiri)
- so kerugian bayaran lawyers yg tinggi
- bila suma dah settle ...tunggu proses
kalau kita buy leeseHold(tanah berikat) -prosesnya 5+1 bulan kalau freeHold hanya 3+1 bulan....masalah disini aku beli rumah leesehold ...keadaan ni yg meyebabkan kelewatan aku nk mendapatkan rumah..disebabkan aku beli rumah secondhandkan...hanya itu yg mampukan...proses kelambatan semua berpunca dari pejabat tanahkalau nk cepat kena bg duit kopi...aperlah manusia ni ..hanya DUIT ajer yg meke mau...kecewa betul ...penjanjian rumah aku dah sign dr bulan 7 tahun lepas, sepatutnya bulan 2 yg lepas aku dah patut duduk rumah tu..lah ni bulan 5 pon aku takdpt lagi rumah tu....samapikan aku pernah berkata menyesal...nak beli rumah pon susah....
letih oooo tunggu ni...mengharap durian muda jatuh ........
tadi dah call...lawyers dia kata 90% dah siap tunggu duit keluar dari bank jer.....
kalau ok minggu depan boleh dapat ...entah lah ...dah letih lah menunggu ni
pesanan : kalau nk beli rumah area shah alam ni yg leesehold....suma akan menhadapi perkara yg sama macam aku ni...ramai org berkata benda yg samasemoga sesiapa yg teringin nk beli rumah ni....tabahkan hati heheheheh
Saturday, April 26, 2008
masakan ikan

Bahan-bahannya:
Untuk Menumis:
Minyak Masak
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
Bahan
kisar B
Bahan B (dikisar dgn air):
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
Bahan lain:
1 liter air1 kepala ikan merah (dipotong kecil)
2 Asam kepingGaram secukup rasaLadah sulah secukup rasa
Secubit serbuk perisa (aji)1 biji Lobak Merah (dipotong panjang)
1 batang Celery (dipotong panjang)
1 labu bawang besar dipotong
41 biji Ubi kentang (option
)Bahan Hiasan
Daun sup daun bawang (dipotong halus)
Bawang goreng
Cara-Caranya
Panaskan periuk dan minyak masak.
Masukkan bahan tumis (bunga lawang, buah pelaga & kayu manis) sehingga bau & masukkan
bahan B yg dikisar tadi.
kacau perlahan-lahan sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan 1 liter air, biarkan mendidih,
masukkan asam keping, garam & ladah sulah.
Kemudian masukkan Ikan dan biarkan ianya mendidih selama 5 minit.
Kemudian, masukkan sayur dan bawang besar biarkan selama 3 minit.
Boleh diangkat dan dihias dgn daun sup & daun bawang serta bawang goreng.

1 ekor ikan siakap atau bawalkunyit dn garam
20 ulas bawang putih
20 biji cili padi.. kalo taknak pedas kurangkan sikit
Cara
1. Ikan digaul bersama kunyit dan garam... sedikit bawang putih dan merah... dan diperap (tpi tak perap pun takper)
2. Goreng ikan.. deep fry.. (minyak kena pastikan betul2 panas untuk menghasilkan ikan yang rangup. dah masak, ketepikan
Cara
untuk sos cili bawang putih.
1. TUmbuk atau blend bawang putih dan cili padi..(tumbuk lagi bagus.. berasa sikit pedas n bawang putihnyer)
2. Panaskan minyak, tumis campuran bawang putih dan cili tadi.
Masukkan sedikit garam dan gula.. Ikut rasa masing2... tumis hingga garing.
3. Dah masak, taburkan di atas ikan tadi... Nak makan, perah air limau nipis di atas... sedapppppmudah jer buatnyer... slalu kalo buat nie.. mesti lebihkan sosnyer.. boleh makan untuk seminggu.. makan ngan nasi dan lauk lain pun sedap lagi..

SINGGANG IKAN TONGKOL/AYE
Bahan
1 ekor ikan tongkol/aye.
potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]
dihiris nipis 2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor garam ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai]
Cara
membuatalam microwave
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.
Cara memasak biasa
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2. Rasakan garam dan masukkan ciliapi
3. Hidangkan.

sesedap rasa sebab sukatan dlm majalah dlm gm.
1/2 ekor ikan terubuk
3 ulas bawang merah kecil-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk1 sudu teh sebuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh cili boh
1 sudu teh serbuk cili1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari ikan
1/2 sudu teh garam
1-2 helai daun limau purut-hiris halus
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar
madugaulkan semua bahan dan perapkan dengan ikan terubuk..bakar sehingga masak..bakar lapik daun pisang lagi bestkan..takdelah rempah jadi hitam cam dlm gambar tu..
masakan ikan

Bahan 4 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan selar atau merah]
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..3 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak garam
Bahan
Mayang /hiris 3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

GULAI IKAN [SIAM]
Bahan-Bahan:
500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung3 cawan santan
[1 biji kelapa]
Sedikit terung pipit
sedikit buah belimbing buloh
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasaminyak untuk menumis
Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
10 biji cili api1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh
.5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

IKAN LEMAK CILI PADI
Bahan-bahannya
5 keping ikan tenggiri
1/2 biji nenas, dipotong kecil
1 liter santan pekat
1/2 cawan air
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
3 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
2 cm belacan
Cara-caranya
1. Nenas, serai dan daun kunyit dimasukkan kedalam periuk dan dimasak sebentar bersama rempah yang telah dikisar dan 1/2 cawan air.
2. Kemudian masukkan ikan dan bila ia telah masak masukkan santan dan garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Setelah kuah mendidih matikan api dan boleh dihidangkan.